Hari ini saya pakai kebaya kerana saya rasa saya kurus sedikit setelah bersenam semalam. Semalam saya bermain badminton bersama rakan-rakan pejabat. Best. Tetapi, setelah bersarapan nasi lemak (Mia belanja), saya rasa dah gemuk balik. Terasa sia-sia bersenam semalam. Tapi nasi lemak tu sedap. Tapi nasi lemak malam tadi kat Darussalam, Subang Jaya lagi sedap. Saya tidak makan nasi lemak malam tadi, tapi saya "pow" nasi lemak orang lain sedikit. Malam tadi saya makan tosai rawa onion. Tosai itu sedap juga. Sekarang rasa nak makan steamboat kat Restoran Yuen, Sunway. Kena cari kaki untuk makan steamboat.
Berbalik kepada cerita badminton. Saya rasa semalam saya tidak jadi badut sangat seperti biasa. Sebaliknya saya rasa saya rock. Tapi saya rasa tangan saya besar sebelah sebab main badminton. Tangan atas kanan la sebab saya bertangan kanan (right handed). Hari ini saya berazam untuk menggunakan tetikus menggunakan tangan kiri. Adalah diharapkan ini dapat menyeimbangkan saiz tangan atas saya selepas ini.
Hari ini saya tidak ada gambar untuk dikongsi. Nanti kalau saya jumpa gambar menarik saya letakkan di sini. Sementara itu, apa kata anda semua jawap soalan ini. Ada berapa tapi dalam karangan saya hari ini? hehehe
u're not actually counting are u?
No comments:
Post a Comment